KUALA LUMPUR: Neo Medicare Sdn Bhd menyasarkan hasil kasar tahunan RM1 bilion menjelang 2030 menerusi rancangan membina 25 cawangan, rangkaian 15,000 ejen dan 250 tenaga kerja.
Neo Medicare dalam satu kenyataan berkata: "Sasaran hasil kasar tahunan RM1 bilion itu kekal sebagai matlamat pihak pengurusan."
Diasaskan dan dipimpin Prof Dr Ab Aziz Al-Safi Ismail, syarikat berkenaan memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan integratif dan pencegahan yang disesuaikan mengikut keperluan individu.
Kumpulan sasarannya merangkumi individu yang mengurus penyakit kronik, keluarga yang mementingkan kesihatan serta pengguna yang memerlukan sokongan kesejahteraan secara tersusun.






