KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan mandat adunan bahan api penerbangan lestari (SAF) sebanyak satu peratus pada penerbangan antarabangsa yang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula Januari 2027.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad, berkata langkah itu mengambil kira perkembangan geopolitik semasa yang memberi kesan kepada pasaran tenaga global.

Menurutnya, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan bagi merancang pelaksanaan mandat berkenaan.

"Kerajaan mengambil maklum cabaran yang sedang dihadapi oleh industri penerbangan dari segi peningkatan kos operasi dan tekanan kewangan," katanya.