Kuala Lumpur: Murid perlu mengenal pasti Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang boleh membantu mereka menangani gejala buli serta berani melaporkan petanda awal kejadian itu sebelum menjadi mangsa.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata murid tidak seharusnya menunggu sehingga dibuli atau berdepan insiden sedemikian sebelum mendapatkan bantuan.
Beliau berkata kira-kira 16,000 PPS kini memainkan peranan lebih aktif dalam hal ehwal sekolah, termasuk mengesan petanda awal dan mengambil tindakan segera sekiranya mengenal pasti potensi atau kejadian buli.
Katanya, keperluan mengesan petanda awal dan bertindak segera menjadi perhatian dalam pertemuan beliau bersama Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Suryani Sungit,






