Jakarta: Seorang maut manakala dua lagi hilang selepas helikopter Mi-17V5 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) terhempas ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran hutan di Kalimantan Tengah, Indonesia, pada Rabu.
Jabatan Penerangan TNI AD berkata helikopter yang dinaiki lapan kru itu terhempas di perairan Sungai Perlu, Danau Sembuluh, Seruyan, ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran di kawasan Taman Nasional Tanjung Puting (TNTP) kira-kira 11.18 pagi waktu tempatan.
Helikopter itu berlepas dari Kuala Pembuang pada 9.55 pagi menuju Telaga Pulang sebelum terhempas ketika mengambil air bagi operasi pemadaman kebakaran dari udara (water bombing).
"Seorang kru meninggal dunia dan jenazahnya telah dibawa ke Hospital Kuala Pembuang manakala lima lagi berjaya diselamatkan dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama.








