KAJANG - Kehilangan seorang lelaki sejak 20 Oktober lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan di dalam sebuah kereta di tepi Jalan Impian Mahkota 1 di sini pada Jumaat.Mayat lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an itu ditemukan di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kajang.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada jam 11.29 malam."Pemeriksaan awal mendapati enjin kenderaan berkenaan tidak dihidupkan, manakala pintunya berkunci dari dalam."Pihak bomba membantu membuka pintu kenderaan tersebut sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kajang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, siasatan awal setakat ini tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)."Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, manakala bedah siasat akan dilakukan untuk menentukan punca kematian."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Shisheewady Ruzani menerusi talian 016-856 5670 bagi membantu siasatan," katanya.
Lelaki hilang ditemukan maut dalam kereta

Key takeaways
Seorang lelaki ditemukan maut di dalam kereta di Kajang setelah hilang sejak 20 Oktober.
- Mayat lelaki berusia 50-an ditemukan di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
- Pihak polis menyatakan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
- Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan punca kematian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Lelaki hilang 8 hari berburu ditemukan lemah dalam hutan
- Harian Metro Lelaki hilang 8 hari ditemukan lemah dalam hutan
- Utusan Malaysia Ahli parlimen bebas hilang sebelah kaki dalam serangan kereta
- Utusan Malaysia Lelaki ditemukan maut tergantung
- Sinar Harian Lelaki hilang ditemukan maut dalam kereta (this story)








