KUALA LUMPUR: People & Pixel memperluas peranannya sebagai syarikat penerbitan kreatif tempatan dengan menghasilkan kandungan korporat untuk organisasi serta acara di peringkat Malaysia, serantau dan antarabangsa.
People & Pixel dalam satu kenyataan berkata, portfolionya merangkumi video korporat, animasi, fotografi, kandungan media sosial dan penerbitan siaran langsung bagi membantu organisasi menyampaikan mesej dengan lebih jelas.
Pembabitan dalam Expo 2025 Osaka merangkumi penerbitan video untuk organisasi Malaysia dalam bidang sumber asli, tenaga, genomik dan teknologi automotif, selain tugasan penstriman langsung.
Syarikat itu turut melaksanakan kerja penerbitan dan fotografi berkaitan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2023 di Labuan Bajo, Indonesia.






