BINTULU – Kehilangan bapa ketika berusia lima tahun dan ibu pada usia 14 tahun tidak mematahkan semangat Nazatul Mazwin Muhammad Daud, 20, untuk meneruskan pengajian sehingga berjaya menggenggam Diploma Perikanan di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).

Graduan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) itu berkata, kejayaan menamatkan pengajian amat bermakna buat dirinya, lebih-lebih lagi apabila kedua-dua insan tersayang tidak lagi berpeluang menyaksikan pencapaiannya.

“Jika ibu dan ayah berpeluang melihat kejayaan saya hari ini, saya percaya mereka pasti terkejut, terharu dan bangga melihat sejauh mana saya telah melangkah.

“Mereka mengenali saya sebagai anak yang manja, penakut dan kuat menangis ketika kecil. Walaupun saya kelihatan kuat ketika berdiri di sini, hanya saya dan Allah SWT yang tahu segala penat lelah serta pengorbanan yang dilalui untuk s