Ekonomi halal yang kini berkembang jauh melangkaui sektor makanan dan minuman memerlukan lebih daripada piawaian, pensijilan dan infrastruktur.

Keupayaan membangunkan tenaga kerja berkemahiran, berintegriti dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi serta keperluan industri menjadi penentu kelangsungan dan daya saing ekosistem halal.

Perkembangan ekonomi halal merangkumi farmaseutikal, kosmetik, bioteknologi, logistik, pelancongan, kewangan Islam, perkhidmatan profesional dan pelbagai sektor lain yang semakin mendapat perhatian dalam perdagangan antarabangsa.

Ini mencerminkan perubahan penting dalam landskap ekonomi global, halal bukan lagi sekadar keperluan pematuhan agama atau penandaan produk, sebaliknya menjadi sebahagian daripada ekosistem ekonomi yang melibatkan pengeluaran, perdagangan, teknologi, penyelidikan, inovasi dan tadbir urus.