SUNGAI BESAR: Jabatan Perikanan Selangor menyita 28 guni benih kerang bernilai kira-kira RM14,000 dalam operasi penguatkuasaan di sini, semalam.
Operasi dijalankan susulan aduan orang awam berhubung aktiviti pengambilan benih kerang tanpa lesen sah.
Jabatan Perikanan Selangor memaklumkan, aktiviti pengambilan benih kerang hanya dibenarkan selepas lesen dikeluarkan Pejabat Perikanan Daerah berkenaan.
"Kebenaran tertakluk saiz benih kerang yang mencapai sekurang-kurangnya empat milimeter (mm) serta syarat ditetapkan jabatan.








