KOTA BHARU - Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun enam bulan terhadap seorang pegawai kanan polis dalam kes kematian seorang pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie di Perak, tiga tahun lepas.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, keputusan memfailkan rayuan itu dibuat, selepas beliau berbincang dengan Ketua Bahagian Pendakwaan AGC, Datuk Masri Mohd Daud serta Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC bagi meneliti pelbagai aspek kes berkenaan.Beliau berkata, rayuan itu telah difailkan pada minggu lepas, bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan hujahan berhubung keputusan mahkamah berkenaan.Mohd Dusuki berkata, antara perkara yang akan diteliti ialah kemungkinan mengemukakan hujahan supaya pertuduhan asal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dikembalikan atau mengambil tindakan lain yang bersesuaian berdasarkan keadaan kes."Kita nak meneliti segala aspek kes inilah. Sama ada perlu kita hujah nanti sama ada perlu dikembalikan kepada pertuduhan asal iaitu membunuh, ataupun apa-apa jua perkara yang sesuai dengan keadaan kes serta keputusan kes yang tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Sekolah Angkat Madani Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan Pasir Hor di sini pada Ahad.Mengulas sama ada AGC mengenal pasti sebarang kelompangan atau kekurangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi itu, Mohd Dusuki berkata, pihaknya belum dapat memberikan sebarang ulasan kerana masih belum menerima alasan penghakiman penuh.Beliau berkata, terlalu awal untuk AGC membuat sebarang penilaian terhadap keputusan berkenaan, sebelum meneliti alasan penghakiman tersebut."Alasan penghakiman penuh belum lagi diterima. Jadi agak terlalu awal untuk kami beri apa-apa ulasan berkait dengan sama ada ada kelompangan ataupun ada kekurangan dalam keputusan kes yang dicapai oleh Mahkamah Tinggi tersebut," katanya.Pada 28 Oktober lepas, media melaporkan seorang pegawai kanan polis dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan menyebabkan kematian pelajar Muhammad Zaharif Affendi, tiga tahun lepas.Pengakuan Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak, 47, direkodkan di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet pada akhir kes pendakwaan dan beliau memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap 15 Disember 2023.Lelaki itu juga diperintahkan membayar pampasan RM50,000 kepada bapa mangsa Muhd Zamrie Zainal Abidin, 58, atau dihukum penjara setahun, jika gagal berbuat demikian.Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Ipoh antara jam 11.55 pagi hingga 12.32 tengah hari 15 Disember 2023 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau den
Kes langgar Zaharif: AGC fail rayuan hukuman pegawai kanan polis

Key takeaways
AGC memfailkan rayuan terhadap hukuman tujuh tahun enam bulan terhadap pegawai polis dalam kes kematian Muhammad Zaharif.
- AGC memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh.
- Pihak pendakwaan akan meneliti pelbagai aspek kes dan kemungkinan mengemukakan hujahan.
- AGC belum dapat memberikan ulasan kerana alasan penghakiman penuh belum diterima.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kes langgar Zaharif: AGC fail rayuan hukuman pegawai kanan polis (this story)









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2019%2F12%2Fdf3113bc5881dc8b226246cf9f15c194.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)