SHAH ALAM - Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyamakan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan pendekatan dajal dilihat ekstrem dan keterlaluan.Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, ini kerana perjanjian tersebut merupakan sebuah mekanisme persefahaman politik, bukannya persoalan akidah atau keimanan seseorang.Menurutnya, sebarang ungkapan dibuat Abdul Hadi membawa pengaruh besar kepada masyarakat mengambil kira kedudukan Ahli Parlimen Marang itu sebagai tokoh agama dan pemimpin politik."Apabila istilah dajal digunakan dalam pertikaian politik, ia boleh membentuk persepsi bahawa pihak yang berbeza pendekatan bukan sekadar salah dari sudut politik, tetapi seolah-olah membawa kejahatan dari sudut agama."Kritiklah CSA berdasarkan fakta, kandungan dan pelaksanaannya. Jangan sampai kerana perbezaan politik, istilah agama digunakan untuk menggambarkan pihak lain sebagai pembawa kejahatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Abdul Hadi sebelum ini mengumpamakan CSA ditandatangani antara kerajaan dan tujuh ahli Parlimen pembangkang seperti penipuan dajal yang kemunculannya dianggap dalam Islam sebagai antara tanda besar semakin hampirnya hari kiamat.Beliau mendakwa, perjanjian tersebut adalah pendekatan dajal pada akhir zaman yang menjadikan kuasa bukan lagi suatu amanah yang wajib ditunaikan kepada semua tetapi memaksa untuk terus berkuasa.Mengulas lanjut, Fuziah berkata, sebagai pemimpin politik, Abdul Hadi sewajarnya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi kesan kepada masyarakat."Politik memerlukan hujah dan kematangan, bukannya retorik keagamaan yang boleh menyuburkan kebencian dan perpecahan," katanya.
Fuziah kecam kenyataan Abdul Hadi samakan CSA dengan ‘dajal’

Key takeaways
Fuziah mengkritik kenyataan Abdul Hadi yang menyamakan CSA dengan dajal sebagai ekstrem dan keterlaluan.
- CSA adalah mekanisme politik, bukan isu keimanan menurut Fuziah.
- Penggunaan istilah dajal dalam politik boleh mencemarkan reputasi pihak lain.
- Abdul Hadi didakwa tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Hadi samakan CSA Putrajaya dengan ahli parlimen sebagai pendekatan Dajal
- Free Malaysia Today Kamil kecam Hadi umpakan CSA ‘dajal’
- Sinar Harian Fuziah kecam kenyataan Abdul Hadi samakan CSA dengan ‘dajal’ (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4353324342_518067.png&w=480&output=webp&q=85&we)
