KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang ASEAN lain pada penutupan Rabu menjelang keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM akan mengadakan mesyuarat dasar keenam dan terakhir bagi tahun 2026, esok.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.0610/0660 berbanding dolar AS daripada paras 4.0735/0775 ketika ditutup pada Selasa.
Menurut laporan, firma penyelidikan, BNM akan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus esok dan sepanjang tahun 2027, disokong oleh pertumbuhan ekonomi berdaya tahan serta prospek inflasi terkawal.










