KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengingatkan murid supaya mengenali Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) masing-masing sebagai individu yang boleh membantu mereka sekiranya berdepan masalah di sekolah.

Tegas beliau, buat masa sekarang kira-kira 16,000 PPS dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit lebih aktif dalam hal ehwal sekolah.

"Saya mahu anak-anak mengenali pegawai yang boleh membantu mereka. Bukan hanya melihat kehadiran polis selepas sesuatu kejadian berlaku.

"Berat hati seorang anak hendak ke sekolah apabila ada orang yang ditakutinya di sana.