KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih sektor perbankan dan telekomunikasi walaupun pasaran secara menyeluruh bertambah baik susulan minat belian baharu terhadap saham teknologi bermodal kecil.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata kebanyakan pasaran saham serantau mencatatkan kenaikan, dengan Hong Kong dan China mengalami pemulihan ketika pelabur menilai implikasi keadaan politik di Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan kerajaan terbahagi antara parti politik berbeza.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 5.29 mata atau 0.32 peratus kepada 1,616.56 daripada 1,621.85 semasa ditutup semalam.










