Kuala Lumpur: Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) sama seperti 'Dajjal' sebagai keterlaluan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, banyak perkataan lain boleh digunakan Ahli Parlimen Marang itu bagi menyatakan ketidaksetujuan terhadap sesuatu perkara tanpa perlu menggunakan istilah yang boleh mencetuskan tafsiran melampau.

"Kalau dia memanggil Dajjal, saya rasa dialah kena berikan sebabnya. Saya tak boleh komen kerana saya bukan pakar agama. Kalau saya tak suka, banyak lagi perkataan saya boleh pakai kalau tak suka, tapi janganlah sampai ekstrem.