Shah Alam: Penyanyi, Shiha Zikir, 39, memilih untuk menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah SWT meskipun persoalan mengenai perkara itu sering diajukan kepadanya sejak beberapa tahun lalu.

Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir berkata, kehidupan dilalui ketika ini dianggap rezeki kerana berpeluang memberikan perhatian dan menjaga ibu, Rohana Ibrahim, 68, yang berdepan masalah kesihatan.

"Saya seperti sudah takut untuk menjawab persoalan mengenai perkahwinan. Sebelum ini, saya pernah cakap soal kahwin, tapi kalau memang sudah sampai masanya, saya akan maklumkan kepada semua.

"Kalau belum diberi peluang berkahwin sekali pun, saya percaya ini adalah satu rezeki yang sangat besar kerana saya boleh luangkan masa dan menjaga mak.