Itu pengakuan pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli selepas terlepas peluang menaiki podium pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Hakim Danish yang bermula di petak ketiga mempamerkan aksi kompetitif apabila bersaing sengit di kelompok depan sejak awal perlumbaan, namun terpaksa akur menamatkan saingan di tempat keempat.
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu berdepan saingan sengit pada pusingan terakhir bersama Veda Pratama (Honda Team Asia), Alvaro Carpe (Red Bull KTM Ajo) dan David Almansa (Liqui Moly Dynavolt Intact GP).
Percubaan Hakim Danish untuk memintas Carpe di selekoh terakhir bagaimanapun tidak berhasil, sekali gus terlepas peluang untuk merebut kedudukan podium.








