KUALA LUMPUR: Yes Group Management Bhd (Yes Group), penyedia penyelesaian perjalanan insentif korporat dan pengurusan acara, menyasarkan untuk mengumpul RM16.54 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
IPO itu membabitkan terbitan awam sebanyak 91.87 juta saham baharu dan tawaran untuk jualan sebanyak 45.93 juta saham sedia ada, masing-masing mewakili 17.33 peratus dan 8.67 peratus daripada modal saham terbitan diperbesarkan syarikat sebanyak 530 juta saham.
Pada harga IPO 18 sen sesaham, Yes Group dijangka mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM95.4 juta selepas disenaraikan.
Pengarah Urusannya, Angela Mak, berkata daripada jumlah itu, RM6.5 juta akan digunakan untuk mengembangkan perkhidmatan pengangkutan darat di Eropah serta menubuhkan pejabat serantau di United Kingdom (UK).








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F05%2F1228624c5e6aed7c1e9f1aac9e5e3548.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

