ISTANBUL: Ketika jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) keluar mengundi dalam pilihan raya pertengahan penggal negara itu, tiga angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) turut mengundi.
Mereka menunaikan tanggungjawab itu dari angkasa, ratusan kilometer di atas permukaan Bumi, lapor Anadolu Ajansi.
Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Anil Menon berkongsi pengalaman itu menerusi satu video di platform media sosial X, sambil berkata beliau dan rakan kru warga AS berpeluang mengundi dari orbit, sama seperti pengundi di Bumi.
"Ya, anda juga boleh mengundi dari angkasa lepas," kata Menon sambil menunjukkan satu sudut kecil di ruang inapnya di ISS yang dijadikan sebagai bilik mengundi.










