Kuala Lumpur: Kehadiran lebih 40 pasukan pada Liga Takraw Nasional Mekdi Zon Timur di negeri kelahiran memberi peluang terbaik untuk mencungkil bakat baharu, khususnya melahirkan lebih ramai pemain berkualiti dalam sukan sepak takraw.

Tekong kebangsaan, Zulkifli Abd Razak berkata, penganjuran kejohanan yang menghimpunkan pelbagai pasukan terutama dari Pantai Timur itu satu usaha membanggakan dan wajar diberikan penghargaan kerana bukan mudah mengumpulkan penyertaan dalam jumlah sebesar itu.

Menurutnya, kejohanan berkenaan bukan sekadar medan persaingan, malah platform penting untuk melahirkan pemain berkualiti bagi memperkukuh pembangunan sepak takraw negara pada masa depan.

"Saya harap pertandingan seperti ini dapat melahirkan tekong, perejam dan pengumpan yang baik untuk masa akan datang. Ini adalah projek jangka panjang bagi memastikan kita mempunyai lebih ramai pemain berkualiti.