Kuala Lumpur: "Abah... dekat syurga nanti Aidan boleh jalan balik tak?"
Demikian pertanyaan diterima Muhammad Azam Abdul Halim, 38, daripada anak tunggalnya, Muhammad Aidan Umar atau nama manjanya Aidan yang sudah hilang keupayaan berjalan selepas lumpuh paras pinggang ke bawah kesan barah di pangkal otak atau DIPG yang dihidapi sejak tiga tahun lalu.
Sebagai bapa, Muhammad Azam mengakui sedih apabila mendapat pertanyaan itu namun cuba menyembunyikan kedukaan di hadapan anaknya yang seakan sudah mengerti derita ditanggung.
Bercerita lanjut, Muhammad Azam berkata, Aidan disahkan menghidap barah tiga tahun lalu dan dapat tahu hasil pemeriksaan lanjut di hospital.










