Johor Bahru: Lelaki bujang berusia 30 tahun yang bekerja di Singapura ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita berusia 19 tahun dalam serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah kondominium mewah di Damansara Alif, di sini, awal pagi tadi.
Serbuan kira-kira jam 2.40 pagi itu dilakukan susulan aduan awam berhubung aktiviti di kediaman berkenaan.
Menurut JAINJ, anggota penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kira 25 minit di luar pintu unit kediaman itu selepas ketukan dan bunyi loceng beberapa kali tidak mendapat sebarang respons sebelum pintu akhirnya dibuka.
"Pintu rumah berkenaan akhirnya dibuka oleh seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek dan kemeja T, kelihatan mengantuk seolah-olah baru dikejutkan dari tidur.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4353324342_518067.png&w=480&output=webp&q=85&we)
