Pada 12 September 2020, satu kejadian tragis berlaku di sebuah kedai runcit berhampiran Pasar Gunung Rapat, Ipoh, Perak.
Pang Kar Foong, 49, didakwa membunuh bapa kandungnya, Pang Ket Tai, 75, selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
Mangsa ditemukan meninggal dunia di ruang stor kedai dengan kecederaan pada bahagian kepala, muka dan leher akibat dipercayai dipukul menggunakan botol serta serpihan botol kicap.
Saksikan kronologi kes ini dalam Fail Mahkamah setiap Rabu, 9 malam, hanya di TV3 atau strim melalui Tonton di https://watch.tonton.com.my/.









