Melaka: BERSATU tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli akar umbi parti itu supaya menyokong calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi yang tidak menyaksikan pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Bagaimanapun, pendekatan itu berbeza dengan PH yang tidak menghalang penyokong gabungan berkenaan memberikan undi kepada calon BERSATU, kecuali di tiga kerusi yang menyaksikan pertembungan antara kedua-dua pihak, iaitu Klebang, Pengkalan Batu dan Ayer Keroh.
Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata walaupun tiada arahan dikeluarkan kepada ahli dan penyokong parti, pihaknya menghargai pendekatan PH yang menyatakan kesediaan untuk membantu BERSATU.
"Walaupun Adly Zahari menyatakan secara terbuka bahawa tiada halangan bagi pihak mereka untuk memberi sokongan kepada kami di kawasan yang tidak ditandingi, namun bagi pihak kami, kami tidak mengeluarkan apa-apa arahan.






