Penganalisis melihat keputusan Bersatu menandatangani CSA dengan kerajaan sebagai suatu persefahaman antara kedua-dua pihak. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu dilihat lebih cenderung untuk tidak menghebohkan kerjasama mereka dalam PRN Melaka, langkah yang disifatkan oleh seorang penganalisis sebagai 'strategik'.
Mazlan Ali.Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia percaya PH dan Bersatu tidak mahu kelihatan rapat.
Beliau mengaitkan perkembangan ini dengan penentangan kuat daripada DAP terhadap kerjasama itu. Kepimpinan DAP secara terang-terangan membantah kerjasama dengan Bersatu.
"Saya percaya PH dan Bersatu mempunyai suatu persefahaman (bahawa mereka akan bekerjasama), walaupun tidak diumumkan secara rasmi. Ia kelihatan seperti langkah yang terhitung," katanya kepada FMT.









