Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan, berkata tempoh DUN sudah genap tiga tahun pada 19 Dis 2025, selain kekosongan tidak jejas majoriti kerajaan negeri. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan berhubung kekosongan luar jangka kerusi Mata Ayer berikutan kematian penyandangnya, Wan Badariah Wan Saad.

Pengerusi SPR Ramlan Harun, berkata selaras Fasal (5) Perkara 55 Undang-undang Tubuh Negeri Perlis, speaker DUN memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

"Selaras dengan itu, tiada PRK bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri DUN N.04 Mata Ayer, Perlis akan dijalankan," katanya menurut Bernama.