Chicago: Jersi Robert Lewandowski bersama Chicago Fire menjadi paling laris dalam Major League Soccer (MLS) sejak kehadirannya ke liga itu pada Jun lalu, mengatasi jualan jersi Lionel Messi bersama Inter Miami.
Senarai 10 jersi paling laris MLS bagi 2026 yang diumumkan liga itu semalammenyaksikan Messi masih menduduki tangga teratas secara keseluruhan, namun bekas bintang Barcelona dan Bayern Munich, Lewandowski turut mencuri perhatian.
Lewandowski secara rasmi menyertai Chicago pada 29 Jun sebelum membuat penampilan sulung dalam MLS ketika menentang Inter Miami pada 22 Julai.
Pemain antarabangsa Poland itu merekodkan tujuh gol dan lima bantuan jaringan dalam 18 perlawanan, sekali gus membantu Chicago Fire menduduki tangga keempat Persidangan Timur dan melayakkan diri ke aksi playoff.









