WASHINGTON: Parti Demokrat berjaya menguasai Dewan Perwakilan dan Senat Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencatat kemenangan mengejutkan yang mencerminkan kritikan tegas pengundi terhadap pentadbiran Parti Republikan di Washington serta menandakan bermulanya era baharu penentangan Kongres terhadap Presiden Donald Trump, lapor Associated Press (AP).

Pilihan raya pertengahan penggal yang berakhir pada Selasa itu mencerminkan kekecewaan mendalam pengundi terhadap harga barang yang tinggi, perang dengan Iran dan kebimbangan mengenai rasuah dalam kerajaan.

Parti Demokrat mencatat kemenangan besar ke atas pesaing mereka di pelbagai negeri, dari Texas hingga Iowa dan New Hampshire, termasuk negeri dimenangi Trump dengan kelebihan dua angka peratusan hanya dua tahun lalu.