Washington: Parti Demokrat memenangi kawalan Dewan Perwakilan (House) Amerika Syarikat (AS) selain Senat AS, sekali gus memberikan tamparan hebat dan penolakan mutlak yang mengejutkan terhadap pentadbiran Republikan di Washington, serta memulakan era baharu penentangan kongres terhadap Presiden Donald Trump, lapor Associated Press (AP).
Pilihan raya pertengahan penggal yang berakhir pada Selasa itu menjadi saluran kepada kekecewaan mendalam pengundi berhubung harga barang yang tinggi, perang Iran, dan kebimbangan mengenai rasuah kerajaan.
Demokrat menewaskan saingan mereka di seluruh peta pilihan raya, dari Texas ke Iowa hingga New Hampshire, termasuk di negeri-negeri yang dimenangi Trump dengan kelebihan dua angka berbanding lawannya hanya dua tahun lalu.








