KUALA LUMPUR: Pengarah klinik swasta di Lahad Datu, Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini susulan dakwaan penyelewengan tuntutan Program Saringan Kesihatan (HSP) sejak 2023.

Penahanan itu dibuat susulan laporan dikemukakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selepas mengesan kegiatan yang disyaki mempunyai unsur penipuan dalam tuntutan program berkenaan.

Pengarah klinik terbabit dipercayai menyalahgunakan maklumat pencarum untuk mengemukakan tuntutan di bawah program berkenaan.

PERKESO dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerusi Bahagian Anti Fraud, Etika dan Integriti (AFEI) menjalankan risikan serta siasatan dalaman sejurus menerima aduan bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk kemungkinan penyalahgunaan maklumat pencarum dan penyelewengan dalam proses tuntutan.