Batu Pahat: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan wanita yang juga penganggur, kerana disyaki menawarkan rasuah RM1,500 kepada anggota polis trafik bagi mengelakkan tindakan terhadap rakannya, warga Indonesia.

Wanita tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Batu Pahat.

Dia dipercayai memberikan sogokan wang tunai kepada anggota polis berkenaan sebagai balasan supaya rakannya itu tidak dikenakan tindakan dan dibebaskan.

Rakannya sebelum itu ditahan kerana memiliki pasport yang sudah tamat tempoh, kesalahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.