New York: Seorang pelari wanita berusia 24 tahun meninggal dunia selepas rebah kira-kira tiga kilometer sebelum garisan penamat ketika menyertai perlumbaan pertamanya di Maraton New York, semalam.

Rachel Apa dari Lewisberry, Pennsylvania, menyertai perlumbaan itu menerusi program Parkinson's Foundation Champions bagi mengumpul dana untuk yayasan berkenaan.

Lebih menyentuh hati, penyertaannya didedikasikan buat datuknya yang pernah menderita penyakit Parkinson.

Walaupun menjalani latihan selama beberapa bulan, Rachel rebah berhampiran penanda batu 24 di Central Park, kira-kira 3.2 kilometer sebelum garisan penamat.