Kuala Lumpur: Kontroversi penajaan syarikat minuman beralkohol bagi acara HYROX Kuala Lumpur 2026 akhirnya menemui titik noktah apabila penganjur memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama bagi edisi di Malaysia.

Keputusan itu diumumkan HYROX Malaysia menerusi satu kenyataan susulan kebimbangan dan bantahan yang timbul selepas syarikat minuman beralkohol diperkenalkan sebagai rakan rasmi serantau acara berkenaan.

Penganjur turut mengakui kesilapan kerana tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat tempatan, khususnya berkaitan kepercayaan agama dan nilai budaya di Malaysia.

"Kami memahami mengapa perkara ini menimbulkan kebimbangan dan rasa tersinggung. Kami sepatutnya memberikan pertimbangan lebih mendalam terhadap kepercayaan agama dan nilai budaya masyarakat Malaysia.