Kuala Lumpur : Pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor, 46, sanggup membeli kereta baharu jenis kenderaan pelbagai guna (MPV), Mitsubishi Xpander demi keselesaan penumpangnya sebagai pemandu e-hailing.

Danny atau nama sebenar, Mohd Kardanie Anwa berkata, dia baharu tiga bulan membeli kereta itu yang mempunyai tujuh tempat duduk, luas, dan mampu memberi keselesaan kepada penumpangnya untuk jarak jauh.

"Buat masa sekarang, saya terpaksa memperlahankan karier lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada perjalanan semula kumpulan X-Factor dalam bidang nyanyian selepas melancarkan lagu baharu, Walu-Walu pada Jun lalu.

"Bagaimanapun, saya masih lagi aktif menjadi pemandu e-hailing yang laluan perjalanan saya lebih fokus mengambil dan menurunkan penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke ibu kota.