WASHINGTON – Parti Demokrat menguasai Kongres Amerika Syarikat (AS) sekali gus merampas kedudukan di Senat dan Dewan Perwakilan, dengan penolakan terhadap Presiden Donald Trump di seluruh negara bakal menamatkan dua tahun pentadbiran beliau.
Kemenangan besar Parti Demokrat akan memberi pembangkang kuasa untuk menyekat sebarang perundangan, melancarkan siasatan meluas terhadap pentadbiran Trump dan menghalang pelantikan jawatan kehakiman serta kerajaan.
Keputusan itu mencerminkan kemarahan mendalam rakyat terhadap kos sara hidup, tarif dan perang Trump terhadap Iran yang menyebabkan harga bahan api melonjak serta meningkatkan lagi rasa tidak puas hati terhadap Presiden yang sememangnya berdepan tahap populariti rendah. </span









