Tentera Israel tahan 45 aktivis warga asing termasuk Brad Lander serta 25 aktivis Israel ketika mereka sedang memetik zaitun di Pekan Husan, barat Bethlehem. (Gambar EPA Images) RAMALLAH: Tentera Israel menahan calon Kongres Demokrat Amerika Syarikat (AS) Brad Lander, yang merupakan sekutu Datuk Bandar New York Zohran Mamdani, bersama puluhan aktivis dan petani Palestin semasa mereka memetik zaitun di Tebing Barat yang diduduki pada Rabu, kata seorang aktivis kepada Anadolu Ajansi.
Aktivis Palestin Amira Muslim memberitahu Anadolu, tentera Israel menahan 45 aktivis warga asing termasuk Lander serta 25 aktivis Israel semasa mereka sedang memetik zaitun di Pekan Husan, barat Bethlehem.
Beliau berkata, pihak berkuasa Israel menahan semua aktivis berkenaan, menempatkan mereka dalam bas dan memindahkan semuanya ke kawasan penempatan berhampiran. Lokasi terakhir dan keberadaan mereka masih belum dipastikan.







