Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengucapkan tahniah kepada Parti Demokrat atas pencapaian mereka dalam pilihan raya separuh penggal susulan siri kekalahan Parti Republikan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Saya katakan ini: tahniah kepada Demokrat. Mereka telah melakukan tugas yang baik," kata Trump kepada Fox News.

Beliau berkata Parti Demokrat telah berusaha ke arah detik itu untuk sekian lama.

Bagaimanapun, Trump menepis anggapan bahawa keputusan itu menggambarkan kekalahan peribadi baginya.