Kuala Lumpur: Seramai 28 keluarga mangsa tragedi banjir yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu, layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, berkata PERKESO melakukan semakan terhadap 54 mangsa tragedi berkenaan dan daripada jumlah itu, 28 daripadanya memenuhi syarat kelayakan.

"PERKESO sudah melakukan semakan dengan teliti bagi memastikan tiada waris yang berhak tercicir daripada menerima perlindungan sewajarnya.

"Justeru, pada hari ini, setiap keluarga yang layak akan menerima bayaran faedah berjumlah RM3,000 sebagai bantuan kewangan segera.