KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai-Lai Pei Jing tidak menunjukkan tanda keletihan apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Korea di Yeosu, hari ini.
Pasangan ranking ke-15 dunia itu mengekalkan momentum apabila menewaskan gandingan Thailand, Tonkid Saeheng-Tonrug Saeheng 21-10, 21-14 dalam tempoh 30 minit pada aksi pusingan pertama di Stadium Jinnam.
Kemenangan itu adalah yang ke-11 daripada 14 perlawanan sejak Terbuka Denmark pada 13 Oktober, sekali gus membuktikan konsistensi mereka di sebalik jadual pertandingan padat sepanjang tiga minggu lalu.
Selepas tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Artik di Finland, pasangan itu bangkit mara ke separuh akhir Terbuka Denmark sebelum muncul naib juara Terbuka Perancis.










