Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing meneruskan momentum cemerlang apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman, sebentar tadi.

Lebih manis, pasangan ranking ke-24 dunia itu sekali lagi mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan ketujuh dari Hong Kong, Chan Yin Chak-Ng Tsz Yau dalam aksi suku akhir di Saarlandhalle.

Pang Ron-Pei Jing tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan lawan apabila menang straight set 21-17, 21-17.

Kejayaan itu menyaksikan pasangan negara terus mempamerkan prestasi konsisten selepas turut mara ke separuh akhir Terbuka Denmark sebelum muncul naib juara Terbuka Perancis, Ahad lalu.