Putrajaya: Seorang lelaki dan dua wanita, termasuk seorang pemilik syarikat bergelar Datuk direman kerana didakwa membayar rasuah berjumlah RM1 juta kepada pegawai polis sebagai balasan melindungi aktiviti penyeludupan rokok haram.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, semua suspek dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam menyalurkan wang rasuah kepada beberapa pegawai dan anggota polis pangkat rendah bagi memastikan tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap operasi penyeludupan rokok di negeri Pantai Timur dan Lembah Klang.
Ketiga-tiga suspek terdiri daripada lelaki pemilik syarikat dan dua wanita yang bekerja sebagai guru tuisyen serta pegawai pemasaran itu berusia dalam lingkungan 30-an hingga 50-an.









