KUALA TERENGGANU - Langkah demi langkah ke arah penyatuan ummah kini semakin jelas apabila Pemuda UMNO dan Pemuda Pas Terengganu mengadakan pertemuan meja bulat selama hampir dua jam dalam satu sesi sarapan di sini pada Rabu.Pertemuan yang menghimpunkan kepemimpinan utama sayap kedua-dua parti itu bukan sekadar mesyuarat santai, malah turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera dan Ketua Pemuda Pas Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli.Mengulas mengenai pertemuan tersebut, Tengku Haphiz berkata, perbincangan itu membuahkan beberapa persefahaman penting demi memperkukuh penguasaan politik ummah di negara ini."Saya percaya penguasaan politik ummah di negara ini akan lebih kuat apabila Pas dan UMNO bekerjasama. Insya-ALLAH, Terengganu menyusur bersama," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Menjawab persoalan mengenai bentuk kerjasama serta masa depan roh Muafakat Nasional (MN), beliau menegaskan bahawa apa sahaja istilah yang menjurus kepada penyatuan ummah tetap relevan untuk dihidupkan.Sebagai sayap parti, katanya, pihak Pemuda tidak akan pernah menongkah arus keputusan pimpinan tertinggi atau institusi parti.Dalam pada itu, Tengku Haphiz turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengkritik dan melabelkan usaha perpaduan ummah sebelum ini sebagai 'perkahwinan paksa' atas dasar survival politik semata-mata, dan bukan atas dasar keikhlasan kepada rakyat.Menjawab tohmahan tersebut, beliau menepis dakwaan itu dengan menyifatkan usaha tersebut sebagai soal masa depan negeri dan kelangsungan umat Islam."Soal kahwin paksa tidak timbul. Ini soal masa depan negeri. Sampai bila perbalahan parti besar Melayu dan Islam nak merugikan negara dan rakyat?" tegasnya.Dalam pada itu, beliau turut mendakwa kerajaan Perikatan Harapan (PH) gagal menguruskan pentadbiran negara dengan baik serta menganaktirikan Terengganu dalam pelbagai aspek pembangunan.Pertemuan ini sekali gus mencetuskan spekulasi baharu dalam landskap politik tempatan bahawa Terengganu bakal menjadi pelopor kepada lembaran baharu kerjasama politik Melayu-Islam di peringkat akar umbi.
Pertemuan Pemuda UMNO, Pas Terengganu beri isyarat penyatuan dua parti

Key takeaways
Pemuda UMNO dan Pas Terengganu mengadakan pertemuan untuk memperkukuh penguasaan politik ummah dengan kerjasama antara dua parti.
- Pertemuan antara Pemuda UMNO dan Pas Terengganu berlangsung selama dua jam.
- Tengku Haphiz menyatakan kerjasama antara UMNO dan Pas akan memperkuat penguasaan politik ummah.
- Pihak Pemuda tidak akan menongkah keputusan pimpinan tertinggi parti.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORHASPIDA YATIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pertemuan Umno, MCA: Zahid kata positif, Wee kata terlalu awal
- Malaysiakini (BM) AS dan Iran beri isyarat kemajuan rundingan bagi elak perang berulang
- Sinar Harian Pertemuan Pemuda UMNO, Pas Terengganu beri isyarat penyatuan dua parti (this story)









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2019%2F12%2Fdf3113bc5881dc8b226246cf9f15c194.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)