KUALA PILAH – Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim didesak menarik balik surat yang dihantar kepada Majlis Raja-Raja (MRR) berhubung status Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Pengerusi Gagasan Benteng Setia Tuanku Muhriz (GBSTM), Kamel Yassin berkata, hanya dengan cara itu saja dapat menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku, sekali gus memastikan pentadbiran negeri tidak terganggu."Kalau krisis ini nak selesai, tarik dulu surat itu. Itu titah Tuanku. Tak kan nak bincang dengan orang lain?"Selagi perkara tersebut tidak dilaksanakan, bagaimana hendak membuka ruang untuk penyelesaian krisis ini. Itu antara perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.Menurutnya, pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta memberikan penjelasan segera berhubung status siasatan terhadap laporan yang telah dibuat termasuk mengenai penghinaan terhadap Tuanku Muhriz.Ujarnya, di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit, sebanyak lima laporan telah dibuat, namun sehingga kini masih belum diketahui hasilnya."Kita nak tahulah sejauh mana hasil siasatan dijalankan supaya segala yang dibangkitkan ada jawapan dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat."Kita tidak mahu perkara ini berlarutan. Jika tiada tindakan, perkara sama mungkin akan terus berulang,"katanya.Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Otai Reformasi Negeri Sembilan (PROFANS) berkata, Ismail turut dituntut meletakkan jawatan sekiranya masih gagal melaksanakan titah perintah Tuanku Muhriz.Katanya, langkah itu penting bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri tidak terganggu, sekali gus membolehkan urusan pentadbiran berjalan lancar tanpa menjejaskan kestabilan ekonomi Negeri Sembilan.Dalam perkembangan sama, Kamel menegaskan bahawa pihaknya bersama rakyat Negeri Sembilan yang cintakan keamanan dan kestabilan akan terus memberikan taat setia kepada Tuanku Muhriz serta institusi Adat Perpatih."Gerakan NGO ini akan terus digerakkan walaupun kemelut ini telah berakhir, dengan dua matlamat utama iaitu mempertahankan institusi adat dan istana daripada pihak-pihak dan anasir-anasir tidak bertanggungjawab yang mungkin muncul semula untuk merosakkan institusi sedia ada."Mendidik masyarakat dan memberi kefahaman tentang adat perpatih berdasarkan fakta yang sebenar, agar rakyat tidak terkeliru dengan hujah pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi,"katanya.Krisis istana di Negeri Sembilan yang bermula sejak April lalu timbul apabila Undang Yang Empat termasuk tiga dipertikaikan dan Tunku Besar Tampin mengumumkan pemecatan Tuanku Muhriz dan menamakan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.
'Kalau krisis Negeri Sembilan nak selesai, MB kena tarik dulu surat itu'

Key takeaways
Menteri Besar Negeri Sembilan didesak menarik balik surat kepada Majlis Raja-Raja untuk menyelesaikan krisis.
- Pengerusi GBSTM meminta Menteri Besar tarik balik surat kepada MRR untuk selesaikan krisis.
- Pihak berkuasa seperti PDRM dan MCMC diminta beri penjelasan mengenai siasatan laporan penghinaan Tuanku Muhriz.
- Lima laporan dibuat terhadap Tuanku Muhriz, tetapi hasil siasatan masih tidak diketahui.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) AGC kembalikan kertas siasatan kes MB Negeri Sembilan kepada polis
- Sinar Harian 'Kalau krisis Negeri Sembilan nak selesai, MB kena tarik dulu surat itu' (this story)





