JASIN: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mempertaruhkan rekod khidmatnya sepanjang lima tahun lalu sebagai cagaran untuk mendapatkan semula kepercayaan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau berkata, rakyat di Merlimau boleh menilai sendiri prestasi dan sumbangan beliau sepanjang tempoh berkhidmat sebelum membuat keputusan pada hari pengundian.
"Orang Merlimau tahu apa yang sudah saya lakukan. Sebab itu saya kata, saya senang untuk menjawab segala kritikan kerana saya tawarkan perkhidmatan saya.
"Kalau mereka rasa khidmat saya tidak bagus, saya jujur katakan jangan undi saya. Tetapi kalau mereka rasa khidmat saya bagus dan memuaskan hati, saya mohon kepercayaan sekali lagi," katanya selepas selesai penamaan calon di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, di sini hari ini.









