PARIS: Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemenang Ballon d'Or Terbaik Sepanjang Zaman, mengatasi seteru tradisinya, Lionel Messi.
Pada 1 Oktober lalu, peminat bola sepak diminta memilih seorang daripada 10 pemenang Ballon d'Or untuk dinobatkan sebagai B.O.A.T (Ballon d'Or of All Time), bagi mengiktiraf musim terbaik pemain yang pernah memenangi anugerah itu sekurang-kurangnya dua kali.
Kini, Ronaldo yang tersenarai dalam kalangan 10 legenda dicalonkan bagi anugerah berkenaan, disahkan memenangi undian itu menerusi kejayaan meraih Ballon d'Or pertamanya pada 2008.
Ketika senarai calon B.O.A.T. diumumkan, tidak mengejutkan apabila ramai menjangkakan persaingan sengit antara Ronaldo dan Messi bagi merebut pengiktirafan itu.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fab48266fe21b31c15dd064ee1697c636.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
