Kuala Lumpur : Sebulan mendirikan rumah tangga, pelakon Malek McCrone, 32, sangat bersyukur kerana suri hatinya yang dikenali, Tina, 25, turut berjaya menambat kasih sayang adik perempuan istimewa, berstatus sindrom down.

Malek atau nama sebenar, Malek Marcus McCrone berkata, sebagai anak dan abang sulung daripada tiga beradik, dia sangat mengutamakan kegembiraan, keceriaan serta kebahagiaan adik bongsunya, Aida yang berusia 26 tahun itu.

"Sejak Allahyarham ibu saya meninggal dunia pada September 2024 akibat barah payudara adik perempuan saya yang juga orang kurang upaya (OKU) sindrom Down, memang dalam penjagaan saya sepenuhnya, dan dia sangat dimanjakan.

" Bagaimanapun, Alhamdulillah, isteri saya sangat-sangat baik kepada adik perempuan saya yang 'istimewa' itu. Bahkan, saya sebenarnya mengambil masa kira-kira lapan bulan untuk memujuk adik saya supaya dia kasi 'green light' bernikah.