Kuala Lumpur : Pelakon dan pengarah, Zul Huzaimy mendedahkan dia sudah menghasilkan banyak lagu tetapi tidak mendapat sebarang royalti ke atas lagu-lagu ciptaannya kerana tidak berdaftar dengan Music Authors Copyright Protection (MACP).
Zul Huzaimy atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 47, berkata, kebanyakan lagu yang dihasilkan adalah lagu runut bunyi (OST) drama.
"Kalau nak diikutkan ada juga yang tahu saya sudah banyak cipta lagu dan saya anggarkan kira-kira 30 lagu yang sudah dihasilkan.
"Antara lagu yang cukup dikenali adalah Merah yang juga OST drama Bunga Merah Punya," katanya.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4353324342_518067.png&w=480&output=webp&q=85&we)
