BALIK PULAU - Kegiatan sindiket penipuan dalam talian yang menyasarkan wanita warga China menerusi taktik 'love scam' dan pelaburan emas terbongkar selepas polis menahan 35 warga asing dalam serbuan di dua unit kediaman di Bayan Lepas, pada Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, operasi kira-kira jam 2.10 petang itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pulau Pinang.Menurutnya, seramai 34 warga China terdiri daripada 33 lelaki dan seorang wanita serta seorang lelaki warga Taiwan ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkenaan."Siasatan awal mendapati sindiket itu dipercayai mula beroperasi sejak September lalu dengan menyasarkan wanita warga China berusia antara 18 hingga 46 tahun menerusi aplikasi Telegram."Mereka dipercayai menjalankan aktiviti penipuan 'love scam' dan pelaburan emas secara dalam talian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Anuwal berkata, hasil pemeriksaan di kedua-dua premis, polis turut merampas 119 telefon bimbit, tiga komputer riba berserta pengecas yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan sindiket terbabit."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM60,000."Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan," katanya.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap individu tidak dikenali di platform media sosial khususnya mereka yang cuba menjalinkan hubungan peribadi sebelum menawarkan peluang pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.Menurutnya, kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penipuan dalam talian amat dihargai bagi membantu polis membanteras jenayah komersil.
Sindiket 'love scam' dan pelaburan emas terbongkar, 35 warga asing ditahan

Key takeaways
Satu sindiket penipuan 'love scam' dan pelaburan emas yang menargetkan wanita China telah terbongkar, dengan 35 warga asing ditahan di Bayan Lepas. Polis merampas telefon, komputer dan menasihati orang ramai berhati-hati pada platform media sosial.
- 35 warga asing, termasuk 34 China dan 1 Taiwan, ditahan kerana disyaki terlibat sindiket penipuan 'love scam' dan pelaburan emas.
- Sindiket beroperasi sejak September lalu, menggunakan aplikasi Telegram untuk menipu wanita China berusia 18‑46 tahun.
- Polis merampas 119 telefon bimbit, 3 komputer riba dan pengecas yang dipercayai digunakan dalam kegiatan sindiket.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- New Straits Times 4 men fined RM3k each over online love scam
- Utusan Malaysia Love Scam: Empat sekawan masing-masing didenda RM3,000
- Sinar Harian Sindiket 'love scam' dan pelaburan emas terbongkar, 35 warga asing ditahan (this story)









