PUTRAJAYA – Pendakwah selebriti, Da’i Syed didakwa mengambil kesempatan terhadap masalah kemurungan berpanjangan yang dialami seorang wanita sebelum melakukan hubungan seksual dengannya tanpa kerelaan mangsa.Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid pada Rabu berpendapat demikian dengan menambah, keadaan kesihatan mental wanita berkenaan menyebabkan mangsa tidak berupaya memberikan keizinan untuk melakukan hubungan seksual dengan pendakwah itu.ARTIKEL BERKAITAN: Kelakuan wanita selepas kejadian, mesej mesra jadi asas Da’i Syed dibebaskan - HakimKelakuan wanita selepas kejadian, mesej mesra jadi asas Da’i Syed dibebaskan - HakimMeor Hashimi menjadi satu-satunya hakim yang berpandangan berbeza apabila tidak bersetuju dengan keputusan majoriti yang melepaskan dan membebaskan Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31 daripada tuduhan berkenaan.Semasa membaca keputusan menentang, Meor Hashimi berkata, mangsa ketika kejadian berusia 23 tahun, mengalami masalah ‘Major Depressive Disorder with Psychosis dan Borderline Personality Disorder’.Susulan itu katanya, ia tidak boleh dianggap mampu memberikan persetujuan dalam hubungan berkenaan.Menurutnya, masalah kemurungan yang dialami mangsa turut menjelaskan tindakannya yang masih menghantar mesej kepada Syed Shah Iqmal selepas kejadian, termasuk bertanyakan bila mereka boleh berjumpa lagi."Masalah kemurungan mangsa menyebabkan tiada izin boleh diberikan oleh mangsa dalam melakukan hubungan seksual dengan perayu."Ini menunjukkan hubungan di antara perayu dan mangsa dilakukan tanpa kerelaan mangsa dan dengan paksaan perayu."Perayu telah mengambil kesempatan atas masalah kemurungan berpanjangan yang dialami oleh mangsa," katanya.Meor Hashimi berkata, Syed Shah Iqmal mengakui berlaku hubungan intim namun isu utama yang dipertikaikan ialah sama ada ia dilakukan dengan kerelaan wanita berkenaan atau sebaliknya.Hakim itu turut mengambil kira keterangan mangsa yang mendakwa dia cuba melawan dan melepaskan diri ketika kejadian, namun gagal sebelum akhirnya berasa lemah.Selain itu katanya, mangsa juga menangis dan tidak merelakan perbuatan berkenaan dan mendapatkan rawatan psikiatri di beberapa hospital sejak Februari 2019, termasuk Hospital Shah Alam, Hospital Kajang dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.Beliau berkata, rekod perubatan serta keterangan pakar psikiatri mengesahkan mangsa mengalami masalah kemurungan berpanjangan, gangguan halusinasi dan kecenderungan membunuh diri.Mengulas mengenai kelewatan mangsa membuat laporan polis, hakim itu berkata, wanita berkenaan hanya tampil membuat laporan pada 25 November 2020, lebih setahun selepas kejadian, kerana tidak mempunyai pekerjaan serta sumber kewangan untuk mendapatkan khidmat peguam.Beliau berkata, mangsa juga tidak mengetahui kes jenayah akan dikendalikan oleh pihak pendakwaan.Dalam pada itu, Meor Hashimi menolak rayuan Syed Shah Iqmal terhadap sabitan dan hukuman
'Tiada izin diberi untuk hubungan seksual' - Hakim minoriti dakwa Da’i Syed ambil kesempatan atas kemurungan mangsa

Key takeaways
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Meor Hashimi menyatakan mangsa tidak boleh memberikan keizinan kerana masalah kemurungan semasa hubungan seksual.
- Da’i Syed didakwa mengambil kesempatan terhadap mangsa yang mengalami masalah kemurungan.
- Hakim Meor Hashimi berpendapat mangsa tidak mampu memberikan keizinan kerana kesihatan mentalnya.
- Mangsa mengalami 'Major Depressive Disorder with Psychosis' dan 'Borderline Personality Disorder'.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Tiada syarat untuk Ahli Parlimen terima peruntukan CSA, kata Anwar
- Harian Metro 'Tiada tempat selamat untuk PATI di Malaysia'
- Sinar Harian 'Tiada izin diberi untuk hubungan seksual' - Hakim minoriti dakwa Da’i Syed ambil kesempatan atas kemurungan mangsa (this story)








