TEKONG sepak takraw negara, Mohammad Syahir Mohd Rosdi meluahkan perasaanya apabila ganjaran bagi pingat emas berpasukan yang dinanti-nantikan selama 36 tahun pada Sukan Asia menerima nilai insentif jauh berbeza berbanding kejayaan dalam acara individu.Menerusi perkongsian di media sosial, Syahir mengakui terpaksa menelan hakikat apabila skuad sepak takraw negara menerima insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM15,000 seorang bagi kejayaan meraih pingat emas berpasukan."Ya ALLAH, nak menangis rasa tapi sebagai atlet terpaksa telan. Penantian emas Sukan Asia berpasukan 36 tahun mendapat RM15,000 seorang daripada penyerahan insentif SHAKAM."Manakala untuk emas sukan individu RM80,000 seorang. Pengorbanan dan tekanan yang sama dihadapi. Pingat emas yang diraih juga sama untuk dibanggakan," katanya.Bagaimanapun, Syahir menegaskan perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memberikan komitmen terbaik demi meningkatkan prestasi sepak takraw negara.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) atas sokongan berterusan yang diberikan kepada pemain sama ada di dalam mahupun luar gelanggang.Syahir juga tidak melupakan pengorbanan rakan sepasukan yang bersama-sama mencurahkan tenaga, masa dan keringat bagi merealisasikan impian membawa pulang pingat emas berkenaan."Walau apa pun yang terjadi, kami sebagai pemain sepak takraw Malaysia akan terus berusaha menjaga nama baik sukan ini dan meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa."Tiada apa yang dapat menghalang kami daripada terus berusaha menaikkan martabat sukan sepak takraw di Malaysia. Keranamu Malaysia," katanya.
'Ya ALLAH, nak menangis rasa...' - Syahir

Key takeaways
Mohammad Syahir mengakui kecewa dengan insentif RM15,000 untuk emas berpasukan Sukan Asia berbanding RM80,000 untuk individu.
- Syahir kecewa dengan nilai insentif RM15,000 untuk kejayaan berpasukan.
- Insentif untuk emas individu lebih tinggi iaitu RM80,000.
- Syahir tetap komited meningkatkan prestasi sepak takraw negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Syahir luah rasa terkilan
- Berita Harian Ya Allah, nak menangis... - Syahir
- Sinar Harian 'Ya ALLAH, nak menangis rasa...' - Syahir (this story)








